Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, July 31, 2011

Pesanan Rasulullah sebelum tidur

Sekadar mengingati... :)






SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah rah. : 
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : 

1. "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas 3 X seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

*** Bismillaahirrohmaan irrohiim,Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

2. "Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
*** Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma sollii 'alaa saidinaa Muhammad wa'alaa aalii saidinaa Muhammad ( 3 x )

3. "Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu".
*** Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

4. "Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
*** Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...^_~

Friday, July 29, 2011

Ya Rasulullah... Layakkah diri ini menjadi umatmu..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lebih 14 abad yang lalu,
telah lahir seorang pesuruh Allah
seorang yang sangat sempurna,
baik di mata ALLAH,malaikat, mahupun manusia yang lain
dialah Muhammad Bin Abdullah..Rasulullah S.A.W.
dilahirkan pada tanggal 20 April 570M brsamaan 12 Rabiulawal (Isnin)




Dirinya...sangat indah untuk dilihat..
putih bersih wajahnya
budi pekertinya disanjung tinggi
Baginda AMAT menyayangi UMATnya...



Namun...
adakah kita benar2 mengikuti apa yang ditinggalkannya kepada kita?
Beliau teramat mengasihi umatnya... :)

Hayatilah khutbah terakhir Nabi Muhammad...





Masih banggakah kita dengan  gelaran sebagai umat Nabi Muhammad tetapi akhlak kita amat sedikit  pun tidak menyerupai akhlak baginda dan matlamat hidup kita tidak sama pun dengan baginda?



-Muhasabah-
Selama ini,kita selalu memuji keperibadian baginda dan sering mengaku baginda adalah contoh yang terbaik buat diri kita.

Namun kita tetap alpa dan lalai dalam mengamalkan sunnahnya.

Setiap tahun kita menyambut maulidurrasul dengan penuh meriah dengan mengadakan pelbagai acara seperti perarakan ,

namun pernahkah kita mempraktikkan sunnahnya dengan sebaiknya?

 Kenapa kita selalu berkelakuan bukan seperti umat Rasulullah s.a.w.?

Cuba kita bayangkan sekiranya Rasulullah bersama kita sekarang ini.

Agak-agaknya,Rasulullah bangga dan suka tak dengan apa yang kita amalkan sekarang?

 Adakah Rasulullah akan sentiasa senyum dengan penuh kegembiraan sekiranya baginda
sendiri melihat peribadi kita sekarang ini?

Sekiranya kita bertemu Rasulullah s.a.w,dan baginda bertanya kepada kita,apa sumbangan kita terhadap umat dan islam?

APA JAWAPAN KITA PADA KETIKA ITU?
Sanggupkah lagi kita mengaku di depan baginda yang kita adalah umatnya?

 Sedangkan terlalu banyak sunnahnya kita tidak amalkan.
Selawat terhadap baginda pun kurang.

Keperibadian kita tidak menunjukkan langusng yang kita ini adalah umat baginda.

Adakah kita rasa malu atau segan sekiranya Rasulullah sedang melihat keadaan kita sebegini?

 Kadang-kadang,kita terlalu sibuk mengutamakan sebahagian sunnahnya tetapi MENINGGALKAN sunnah terbesarnya iaitu


 AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR

Sesungguhnya,baginda telah tinggalkan kepada kita
AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai panduan kepada kita agar kita tidak akan sesat selama-lamanya.

namun,adakah selama ini kita benar-benar berpegang pada kedua-duanya?





Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda dalam riwayat Muslim:
"Orang yang paling aku kasihi di kalangan umatku ialah orang-orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku walaupun dengan mengorbankan keluarganya dan hartanya"

Dalam hadis lain,baginda pernah bersabda:
 
"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku"
Kemudian para sahabat bertanya:
Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?"




Jawab baginda:"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang ku maksudkan,mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada"

Untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad...


Rasulullah sayaaang sangat pada kita


Rasulullah rinduuu sangat pada kita..
Bagaimana pula dengan kita??
Tepuk dada tanyalah iman...

Marilah kita hayati video ini...

Saturday, July 9, 2011

*: Keinsafan Diri

Saya teringin sgt nk kongsikn sebuah lagu nasyid yang amat merdu dan punyai bait 
lirik yang sangat indah.. Jika dihayati mampu membawa kepada 'Keinsafan Diri' 



Kumpulan FURSAN adalah sebuah kumpulan nasyid yg dianggotai oleh lima orang pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Telah ditubuhkan semenjak tahun 1992 bagi memenuhi keperluan hiburan alternatif islam diperingkat ATM khasnya. Telah menghasilkan sebuah album bertajuk IBTIDA' pada awal tahun 2010.






Fursan - Keinsafan Diri



Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
 Cinta ilahi