Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, February 26, 2011

Exam Exam~

ujian prestasi 1 sesi 2011!!
rse tkot + sedeyh + stress 

tp kdg2 

rse sronok dn mncbr..
yeke ni ain?? 

btol... hehe

mmg mncbr diri ana..

this exam is totally different.. 
ye.. btol3
dah msok menengah atas, cbrn lg byk...
subjek smakin b'tmbh dn m'uji minda
juge.. b'laku p'saingan dlm pmbljrn..
mmg mncbr btol...

preparations...
mmm... buat skdr yg t'mmpu shje

igt..
kne b'usaha , doa dn b'twkl pd Yg Maha Esa :)

B'doa btol2~ khusyu' kerana Allah~

ape pon kptusan yg kiter dpt..
anggap satu cbrn utk mju lg kehdpn!! ^^

pstikn tido dgn scukupnyer..





 ana mmg x nafikn..sblom ni ana sendiri stay up smpai lewat mlm
hmm.. mmg x cukup tido... :(  



















mmg x patot!!
ain2~ :D
p/s : p'buatan sprti ini jgn ikot.. :)





ha! lg satu.. jgn ske meniru dlm peperiksaan
x elok~ 
kite sendiri yg akn rugi
jgn jd mcm org kat bwh ni>>
tiru scre terang-terangn plak tu
ish3:






time exam.. kne jwb btol2
be urself

mm..soalan krts ppriksaan sek. men. bukannye senang mcm ABC smpai XYZ ni~ ^^
















sedikit kata2 utk renungn b'same~



“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.

“Something is better than nothing”

Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.

“If you can’t see it, you can’t have it”.



















sentiaselh b'doa utk kejayaan kite b'same.. 

wassalam~ ^^

Friday, February 25, 2011

"Wahai ayahku..apakah ciri-ciri muslimah yg sejati?"

Ayah berkata..

"Puteriku....
Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. 
Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. 
Tetapi,
muslimah yang sejati itu dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi

Itulah yang terbaik."

Ayah berkata lagi..
"Muslimah sejati juga

tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, 
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. 

Muslimah sejati...
bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. 
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. 
Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."


Ayah terdiam sebentar...

puterinye b'tanye lg...

"ape lg  seterusnye ayah?"

lalu,ayah kate... 

"Wahai puteriku,ketahuilah...
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand 
tetapi 
dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. 
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi 
dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. 
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi 
dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya.

Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan ingatlah anakku...

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul,

tetapi  

dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

Puterinye b'tanye...

"Ayah..siape yg ade kriteria2 sprti itu?Adekh sye mmpu dan layak mnjd sprtinye?"

ayah kate...

"Puteriku,pelajarilh dr mereka! Supaya kamu boleh berjaya nanti. INSYA ALLAH ~kamu pun boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. 
Malah, semua wanita boleh."  

Puterinye t'senyum lalu mngucapkn trima kasih atas pmberian motivasi yg amat b'mkne dlm hidup :)


Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjagakehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)


 

Mampukh aku menjadi seorg muslimah yg solehah?

 Diriku hanyalah hambaMu yang dhaif ya Allah...
Hanya mencariMu tatkala susah...
Lupa akan diriMu bila senang datang...



Namun diriku punyai impian yang belum terwujud.

























Mampukah diriku menjadi mujahidah solehah,
Seagung jasad Siti Khadijah,
Setiap detik adalah igauan Rasulullah.

 


Mampukah diriku setabah Sumayyah,
Setiap saatnya hanyalah dugaan dan jerit payah,
Namun Rabbulkarim tetap disembah.




 


Mampukah diriku sekental Masyitah,
Hidup berpasrahkan Tuhan yang Izzah,
Walau Fir'aun sezalim penjajah,
Datang menggugat setiap abid yang pasrah.

 


Mampukah diriku sepintar Aisyah,
Rujukan ulama tatkala gundah,
Srikandi ilmuan disegani ummah.

 


Mampukah diriku sesetia Fatimah,
Mengabdikan diri pada Ali Karramallah,
Suami impian setiap zaujah.
 



Izinkan Jannatul Firdaus milikku ya Allah...
Walau diriku hamba yang lemah...
Hanya KudratMu mampu merubah...
Amin... Ya Allah.

Ape yg perlu kite buat jika kite t'lupe??

Bismillahirahmanirrahim~



















x dpt dnafikan,manusia tu mmg ade sifat pelupe
Kadang-kadang kita terlupe kat mne kite simpan barang, lupe nama kwn kite, lupe hadis nabi saw,lg2 kite mudh lupe ayat al-Quran yang dihafal dll.

Kenape? 
Begitulah hakikat kejadian manusia. 
x ade manusia yang diciptakan dalam keadaan mengingati semua perkara sampai bila-bila. 

Allah SWT  berfirman :

Dan manusia itu dijadikan dalam keadaan lemah ( Surah al-Nisa’ :28)

Pelbagai petua dan amalan yang diberikan utk pelajar bile time musim peperiksaan 
sebagai ape?
usaha untuk kite mengingati kembali perkara yang terlupe.
Ada yang kate kena berselawat, 
ada yg kate kena baca surah ini dan itu dan macam-macam lagi. 
Ada amalan ini mempunyai sandaran hadis Nabi saw.

 Sebenarnya ....
x ade sebarang bacaan khusus yang diajar oleh Rasulullah saw apabila kita t'lupekn sesuatu.
Antara tindakan yang boleh dilakukan  bila terlupakan sesuatu  ialah :


1- Tenangkan fikiran, fokus dan berfikir dengan penuh perhatian. 
Berusaha untuk mengingatinya dengan bersungguh-sungguh. Jangan campur adukkan dengan mengingati perkara lain kerana fikiran akan menjadi buntu.

2- Berdoa kepada ALLAH.
Setiap muslim sepatutnya meletakkan pergantungan hanye kepada Allah dengan memohon pertolonganNya supaya diingatkan kembali perkara yang terlupa. Firman Allah :

Berdoalah kepadaKu, nescaya aku makbulkan untuk kamu ( Surah Ghafir, ayat 60)

Jawapan al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin ketika menjawab persoalan ini:

‘Jika seseorang lupakan sesuatu hajat, maka hendaklah dia memohon kepada Allah taala untuk mengingatkannya semula dengan berdoa:

اللّهُمَّ ذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ ، وَعَلِّمْنِيْ مَا جَهِلْتُ

Maksudnya: ‘Ya Allah, ingatkanlah aku apa yang telah aku lupa dan ajarkanlah daku, apa yang aku tidak ketahui.”

Atau dia boleh membaca mana-mana doa yang seumpama dengannya.

3- Berzikir dan mengingati Allah dengan membanyakkan bertahlil, bertasbih atau bertakbir atau sebarang zikir yang lain.
Ini kerana lupa itu adalah daripada syaitan
manakala mengingati Allah dengan berzikir berperanan sebagai pengusir syaitan. 
Para ulama membina pendapat mereka ini  berdasarkan dalil daripada al-Quran, firman Allah swt:

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا

Maksudnya: “Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: “sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi.” Kecuali dengan menyebut insyaallah, dan ingatlah kepada Tuhan-mu jika kamu lupa dan katakanlah: mudah-mudahan Tuhan-ku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada yang ini.” (al-Kahf: 23-24)

Para ulama ini berkata firman Allah 
( وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ : dan ingatlah kepada Tuhan-mu jika kamu lupa) membawa maksud jika kamu terlupa sesuatu, maka ingatilah Allah dengan berzikir kepada-Nya, Allah akan mengingatkan kamu perkara yang kamu lupakan itu.
                                         
Antara para ulama yang menyatakan pandangan ini ialah al-Mawardi (الماوردي) di dalam al-Naktu wa al-‘Uyun (النكت والعيون), demikian juga dengan al-Qurtubi di dalam tafsir dan Ibn al-Jauzi di dalam Zad al-Masir (زاد المسير).

 4- Beristighfar memohon keampunan Allah. 
Dosa-dosalah yang menyebabkan kita lupa terutama ilmu yang bermanfaat. Dosa menyebabkan hati nurani kita menjadi kelam sehingga susah untuk mengingati ilmu.

Imam al-Syafie  pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

Oleh itu beristighfarlah banyak-banyak semoga Allah mengampunkan dosa dan mengembalikan ilmu yang terlupa.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Boleh ke  kalau kite b'selawat ke atas Nabi saw bila kite t'lupe?

Ade hadis yang menyebut tntg perkara ni, 
namun hadis itu sangat lemah (ضعيف جدا)
 maka tidak boleh beramal dengannya.
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madiniy (أبو موسى المديني), dan al-Hafidz Ibn al-Qayyim menyebutnya di dalam kitab  
Jala’ al-Afham di tempat ke-32 
dari tempat selawat ke atas Nabi saw: Jika terlupa sesuatu dan hendak mengingatnya semula, dengan berkata:

“Abu Musa al-Madiniy menyebut,
dia riwayatkannya dari sanad Muhammad ‘Uttab al-marwazi (محمد بن عتّاب المروزي), 
menceritakan kepada kami Sa’dan bin Ubadah Abu Said al-Marwazi, menceritakan kepada kami Ubaidullah bin Abdullah al-‘Atkiy, 
menceritakan kepada kami Anas bin Malik r.a. sabda Nabi saw:

إذا نسيتم شيئا فصلوا عليّ تذكروه إن شاء الله
 Maksudnya: “Jika kamu semua terlupa sesuatu, maka berselawatlah kepada-ku, kamu semua akan mengingatinya, insyaallah.” Sanad hadith ini lemah (ضعيف):  
1.        Ubaidullah bin Abdullah al-‘Atkiy,
di dalam Tahzib al-Tahzib sebagai memperkenalkannya menyebut,
 al-Bukhari berkata: 
“Dia meriwayatkan hadith-hadith yang mungkar.” (عنده مناكير) 
Abu Ja’fat al-‘Aqiliy berkata:
“Hadithnya tidak diambil.” 
al-Baihaqi pula berkata:
‘Tidak dijadikan hujah dengan hadithnya.”
2.        Sa’dan bin Ubadah al-Qadahiy (سعدان بن عبدة القداحي), 
Ibn ‘Adiy di dalam al-Kamil berkata:
“Dia tidak dikenali.” 
Disebabkan ini, al-Hafidz al-Sakhawi telah melemahkan hadith ini di dalam al-Qaul al-Badi’


 

Saturday, February 12, 2011

~Ibu~ by Khalil Gibran



Ibu 

merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir – bibir manusia.

Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.
 
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu 

yang memancar dari 

kedalaman jiwa.

Ibu adalah segalanya.

Ibu adalah penegas kita dikala lara, impian kita dalam rengsa,

rujukan kita di kala nista.
 
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. 

Siapa pun yang kehilangan ibunya,

ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
 
merestui dan memberkatinya.

Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. 




Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
 

Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi 

sampai malam merebahkannya dalam 

lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.


Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. 

Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. 

Pepohonan dan bebungaan adalah ibu 

yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.

Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
 
Penuh cinta dan kedamaian~


Saturday, February 5, 2011

#Renungan bersama....

Dpt drpd seorg kwn...

Moge djadikn renungn kite b'same 



















Zaman sekolah ber’ana-enti’,
Sekarang hilang diterbangkan angin,
‘Aku-engkau’jadi pengganti,
“Ana rindulah sama ………” "Hanya enti yang ana cintai..."

Bertudung labuh ayu sentiasa (yeke??)
Ikhlas atau peraturan semata,
Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka,
Entah bila nak ‘ayu’ semula...

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar,
Batas pergaulan semakin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar..

Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga,
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(Friendster,Facebook,Twitter)
“rasa malu tu campak p Thailand ka?”

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa,
Sekarang dah pndai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk “engkau ni skema”

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila,
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
“Alah,aku banyak kerja lain haa…”

Ustaz selalu pesan kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati,
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak sekolah agama berkualiti,
Baik,berakhlak lengkap semuanya,
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi’il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka,
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa??

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama,
“Tak payah la kau nak bagi nasihat”,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?

Itulah realiti budak sekolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar,
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja,
“Tak sesuailah semua-semua ni kat luar!!”(kononnya la…)

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna,
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna..
Alasannya masuk sekolah sebab terpaksa..
Alasannya kos kat U xsama dengan sekolah agama..
Alasannya kawan-kawan pandang pelik kat kita..
Kita ni hamba Allah ke hamba manusia??
Tepuk dada tepuk kepala,
Tanya iman yang masih ada…

Memang tiada insan yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha,
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya…

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa,
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa…

* Apakah sama dosa orang yang tidak mengetahui dengan orang yang mengetahui??

 Allah Maha Pengasih..Allah Maha Penyayang..Allah Maha Pengampun...

Mungkin kita boleh memaafkan seseorang yang melakukan kesilapan..

tapi bolehkah kita maafkan lagi bila orang itu melakukan kesilapan yang sama??

sebagai manusia itulah kelemahan kita..sukar memaafkan dan memadam kemarahan..

tapi insya ALLAH..

ALLAH amat menyayangi hamba-hambaNya..