Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 29, 2011

Ya Rasulullah... Layakkah diri ini menjadi umatmu..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lebih 14 abad yang lalu,
telah lahir seorang pesuruh Allah
seorang yang sangat sempurna,
baik di mata ALLAH,malaikat, mahupun manusia yang lain
dialah Muhammad Bin Abdullah..Rasulullah S.A.W.
dilahirkan pada tanggal 20 April 570M brsamaan 12 Rabiulawal (Isnin)




Dirinya...sangat indah untuk dilihat..
putih bersih wajahnya
budi pekertinya disanjung tinggi
Baginda AMAT menyayangi UMATnya...



Namun...
adakah kita benar2 mengikuti apa yang ditinggalkannya kepada kita?
Beliau teramat mengasihi umatnya... :)

Hayatilah khutbah terakhir Nabi Muhammad...





Masih banggakah kita dengan  gelaran sebagai umat Nabi Muhammad tetapi akhlak kita amat sedikit  pun tidak menyerupai akhlak baginda dan matlamat hidup kita tidak sama pun dengan baginda?



-Muhasabah-
Selama ini,kita selalu memuji keperibadian baginda dan sering mengaku baginda adalah contoh yang terbaik buat diri kita.

Namun kita tetap alpa dan lalai dalam mengamalkan sunnahnya.

Setiap tahun kita menyambut maulidurrasul dengan penuh meriah dengan mengadakan pelbagai acara seperti perarakan ,

namun pernahkah kita mempraktikkan sunnahnya dengan sebaiknya?

 Kenapa kita selalu berkelakuan bukan seperti umat Rasulullah s.a.w.?

Cuba kita bayangkan sekiranya Rasulullah bersama kita sekarang ini.

Agak-agaknya,Rasulullah bangga dan suka tak dengan apa yang kita amalkan sekarang?

 Adakah Rasulullah akan sentiasa senyum dengan penuh kegembiraan sekiranya baginda
sendiri melihat peribadi kita sekarang ini?

Sekiranya kita bertemu Rasulullah s.a.w,dan baginda bertanya kepada kita,apa sumbangan kita terhadap umat dan islam?

APA JAWAPAN KITA PADA KETIKA ITU?
Sanggupkah lagi kita mengaku di depan baginda yang kita adalah umatnya?

 Sedangkan terlalu banyak sunnahnya kita tidak amalkan.
Selawat terhadap baginda pun kurang.

Keperibadian kita tidak menunjukkan langusng yang kita ini adalah umat baginda.

Adakah kita rasa malu atau segan sekiranya Rasulullah sedang melihat keadaan kita sebegini?

 Kadang-kadang,kita terlalu sibuk mengutamakan sebahagian sunnahnya tetapi MENINGGALKAN sunnah terbesarnya iaitu


 AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR

Sesungguhnya,baginda telah tinggalkan kepada kita
AL-QURAN dan AS-SUNNAH sebagai panduan kepada kita agar kita tidak akan sesat selama-lamanya.

namun,adakah selama ini kita benar-benar berpegang pada kedua-duanya?





Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda dalam riwayat Muslim:
"Orang yang paling aku kasihi di kalangan umatku ialah orang-orang sesudahku yang sangat ingin melihat aku walaupun dengan mengorbankan keluarganya dan hartanya"

Dalam hadis lain,baginda pernah bersabda:
 
"Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku"
Kemudian para sahabat bertanya:
Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?"




Jawab baginda:"Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang ku maksudkan,mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada"

Untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad...


Rasulullah sayaaang sangat pada kita


Rasulullah rinduuu sangat pada kita..
Bagaimana pula dengan kita??
Tepuk dada tanyalah iman...

Marilah kita hayati video ini...

0 comments:

Post a Comment