Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, February 5, 2011

#Renungan bersama....

Dpt drpd seorg kwn...

Moge djadikn renungn kite b'same 



















Zaman sekolah ber’ana-enti’,
Sekarang hilang diterbangkan angin,
‘Aku-engkau’jadi pengganti,
“Ana rindulah sama ………” "Hanya enti yang ana cintai..."

Bertudung labuh ayu sentiasa (yeke??)
Ikhlas atau peraturan semata,
Sekarang ni gaya hebat-hebat belaka,
Entah bila nak ‘ayu’ semula...

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar,
Batas pergaulan semakin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar..

Dulu cakap dengan lelaki jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga,
Sekarang pampang gambar ngan buah hati,
(Friendster,Facebook,Twitter)
“rasa malu tu campak p Thailand ka?”

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa,
Sekarang dah pndai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk “engkau ni skema”

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila,
Sekarang Quran kumpul habuk jer,
“Alah,aku banyak kerja lain haa…”

Ustaz selalu pesan kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati,
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak sekolah agama berkualiti,
Baik,berakhlak lengkap semuanya,
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi’il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka,
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa??

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama,
“Tak payah la kau nak bagi nasihat”,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?

Itulah realiti budak sekolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar,
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja,
“Tak sesuailah semua-semua ni kat luar!!”(kononnya la…)

Kesian ustaz mengajar kita,
Kesian mak bapak nak anak jadi berguna,
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna..
Alasannya masuk sekolah sebab terpaksa..
Alasannya kos kat U xsama dengan sekolah agama..
Alasannya kawan-kawan pandang pelik kat kita..
Kita ni hamba Allah ke hamba manusia??
Tepuk dada tepuk kepala,
Tanya iman yang masih ada…

Memang tiada insan yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha,
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya…

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa,
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa…

* Apakah sama dosa orang yang tidak mengetahui dengan orang yang mengetahui??

 Allah Maha Pengasih..Allah Maha Penyayang..Allah Maha Pengampun...

Mungkin kita boleh memaafkan seseorang yang melakukan kesilapan..

tapi bolehkah kita maafkan lagi bila orang itu melakukan kesilapan yang sama??

sebagai manusia itulah kelemahan kita..sukar memaafkan dan memadam kemarahan..

tapi insya ALLAH..

ALLAH amat menyayangi hamba-hambaNya..

0 comments:

Post a Comment