Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 25, 2011

"Wahai ayahku..apakah ciri-ciri muslimah yg sejati?"

Ayah berkata..

"Puteriku....
Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. 
Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. 
Tetapi,
muslimah yang sejati itu dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi

Itulah yang terbaik."

Ayah berkata lagi..
"Muslimah sejati juga

tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, 
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. 

Muslimah sejati...
bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. 
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. 
Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."


Ayah terdiam sebentar...

puterinye b'tanye lg...

"ape lg  seterusnye ayah?"

lalu,ayah kate... 

"Wahai puteriku,ketahuilah...
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand 
tetapi 
dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. 
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi 
dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. 
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi 
dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya.

Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."

"Dan ingatlah anakku...

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul,

tetapi  

dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."

Puterinye b'tanye...

"Ayah..siape yg ade kriteria2 sprti itu?Adekh sye mmpu dan layak mnjd sprtinye?"

ayah kate...

"Puteriku,pelajarilh dr mereka! Supaya kamu boleh berjaya nanti. INSYA ALLAH ~kamu pun boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. 
Malah, semua wanita boleh."  

Puterinye t'senyum lalu mngucapkn trima kasih atas pmberian motivasi yg amat b'mkne dlm hidup :)


Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjagakehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)


 

0 comments:

Post a Comment